Custom firmware (CFW) dan jailbreak untuk PlayStation memang topik yang ramai orang cari, tapi banyak juga maklumat yang bercampur dengan hype dan scam. Dalam post ini saya ringkaskan status semasa untuk PS4 dan PS5 berdasarkan sumber yang lebih trusted seperti Wololo.net dan Modded Warfare.


PlayStation 4 Jailbreak Status

Scene jailbreak PS4 sekarang memang jauh lebih matang, dengan support yang agak stabil sampai firmware 11.00.

Firmware Yang Disokong

FirmwareStatusMethod
1.76 - 5.05StableWebkit Exploit
5.05 - 6.72StableWebkit Exploit
7.02 - 7.55StableWebkit Exploit + PS4HEN/Mira
9.00StableWebkit Exploit + GoldHEN
9.03 - 11.00StablePPPwn + GoldHEN
11.02+Tiada JailbreakMast1c0re sahaja (PS2 games)

PPPwn - PS4 11.00 Jailbreak

Pada April 2024, TheFloW release exploit PPPwn untuk firmware 11.00. Ini ialah kernel exploit yang guna vulnerability dalam protokol PPPoE.

Cara run PPPwn:

  • Dari PC/Laptop via ethernet
  • DroidPPPwn untuk Android phones
  • Raspberry Pi (100% automated)
  • PPLGPwn dari LG Smart TV

GoldHEN 2.4b17 adalah CFW payload yang compatible dengan PPPwn untuk firmware 11.00.

Firmware 11.02 dan ke atas

Penting: Tiada public jailbreak untuk firmware 11.02, 11.50, atau 11.52. Banyak website scam yang claim boleh jailbreak - jangan percaya.

Untuk firmware 11.02+, hanya Mast1c0re Exploit yang available. Exploit ini leverage bug dalam PS2 remakes (seperti Okage: Shadow King) dan membolehkan run PS2 ISO/homebrew sahaja - bukan full jailbreak.

Boleh Downgrade PS4?

Secara umum, memang tak boleh downgrade PS4 macam biasa. Memang ada teknik yang lebih advanced melibatkan hardware modification dan soldering, tapi itu bukan flow yang realistic untuk kebanyakan orang.


PlayStation 5 Jailbreak Status

Untuk PS5 pula, scene dia masih berkembang dan support memang lebih limited berbanding PS4.

Firmware Yang Disokong

FirmwareStatusTools
1.00 - 4.51Full CFWetaHEN
5.10 - 5.50WorkingetaHEN + IPV6/UMTX Exploit
6.00 - 7.61LimitedBD-JB + kstuff
7.61+Lua ExploitRequires specific games
8.00 - 9.60WorkingetaHEN + kstuff

etaHEN - PS5 Homebrew Enabler

etaHEN sekarang boleh dikira sebagai tool utama untuk PS5 jailbreak. Antara feature yang biasa dikaitkan dengannya:

  • Homebrew enabler
  • PS4 backward compatibility mode
  • Debug settings access

September 2024: FreeBSD Kernel vulnerability disclosed, membolehkan rapid development untuk firmware 5.50 dan ke bawah.

kstuff Payload

kstuff pula ialah workaround yang membolehkan:

  • Run PS4 fake packages pada PS5 jailbroken
  • PS5 game dumps dan homebrew
  • Support firmware 3.00 sehingga 9.60

Exploit Methods

BD-JB (Blu-ray Exploit): Untuk firmware sampai 7.61, memerlukan disc drive. Provides usermode access.

Lua Exploit: Untuk firmware 7.61+, memerlukan specific Japanese games dengan modified save file.


Penting - Stay on Low Firmware

Tip: Kalau anda memang berminat dengan jailbreak, jangan gatal update firmware. Lagi rendah firmware, lagi tinggi peluang untuk future exploit.

Kalau anda baru beli console:

  • Cuba cari PS4 dengan firmware 11.00 atau lebih rendah
  • Untuk PS5, stay on whatever firmware you have

Risiko Dan Pertimbangan

1. Warranty Void

Jailbreak memang boleh void warranty. Sony juga takkan layan console yang telah diubah suai macam biasa.

2. PSN Ban

Kalau bawa console yang dah jailbreak online, memang ada risiko ban yang kekal.

3. Scam Websites

Memang ada banyak website scam yang claim boleh jailbreak firmware terbaru. Jadi elok rujuk trusted sources sahaja:


Resources Yang Disyorkan

Trusted Sources

  • Wololo.net - PS4/PS5 jailbreak news dan tutorials
  • Modded Warfare - YouTube tutorials step-by-step
  • PSX-Place - Forum komuniti homebrew

Tools

  • GoldHEN - PS4 CFW payload
  • etaHEN - PS5 homebrew enabler
  • Remote PKG Installer - Install games dari network

Kesimpulan

PS4: Jailbreak agak stable untuk firmware 11.00 dan ke bawah menggunakan PPPwn + GoldHEN. Setakat ini, tiada public jailbreak untuk 11.02 ke atas.

PS5: Scene masih berkembang. etaHEN dengan kstuff bagi support untuk beberapa range firmware, tapi situasi dia masih berubah dari semasa ke semasa.

Untuk update terbaru, saya masih cadangkan follow Modded Warfare di YouTube dan semak Wololo.net dari semasa ke semasa.

Disclaimer: Artikel ini untuk tujuan pendidikan sahaja. Backup games mestilah dari disc yang anda miliki secara sah.